Khamis, 3 November 2011

Salam AIDILADHA 1432H


Disebabkan esok aku dah mula bercuti, so aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua sahabat dan rakan-rakan..


Pada yang pulang ke kampung berhati-hati bawa kete tu, skang ni musim ujan agak bahaya sb jalan basah ni kan licin.. ati-ati yer..

QURBAN

" Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepadaNya, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah) "


AidilAdha yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.


Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.


Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud
"Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."

1 ulasan: