Khamis, 26 April 2012

Percutian ke Bali - Day 2

Ok meh sini nak sambung plak citer jalan-jalan aku ke bali di hari yang ke - 2..

Malam hari pertama aku bermalam dan stay kat hotel yang pak supir suggestkan... aku sebenar nye cerewet ler bab nak tido hotel ni, laki aku ckp bukan cerewer tp lebih ke ngengada, mana taknye nak harga murah tapi nak bilik cantik pastu nak tv lcd skrin tu walhal bile dah baring bukan nak nengok tv pung tv yang tengok aku balik hihihihi.....

Pak supir bawak kami malam hari pertama tu ke Jalan Legion, Bali dan en.somi decide bermalam kat Simpang Inn Hotel semalam rate nye 500,000 rupiah bersamaan  RM166 macam tu ler.. aku tak suke la hotel ni sebab cam lama dan sunyi jek,  banyak nyamuk lak tu tp semalam jek ... lagipun dah penat sangat... Aku nak tido kat Tanaya Hotel kat area Jalan Legion tu jugak tapi en somi kata dah tak larat sgt so ok kan jela....

Pagi 21 April jam 9.30 pagi







Breakfast nya memang tak sedap cam hampeh.. rasa skit jek memang tak leh blah, keropok nya bau tengik harap makan buah sepotong ngan minum kopi jelah pagi tu..


tengok tu, mana2 jek mesti ada kuil agama diorang, tak kira la rumah ke hotel ke seram gak tengok bulu2 dia jadi bumbung bila tanya pak supir tu apa boleh dia jawap daun nipah .. tak macam pun...


ok tepat jam 10.00 pagi terus kami check out n bermula la sesi jalan-jalan


pemandu kat bali ni suka sangat drive tak ikut lane barisan, cuba tengok kereta merah tu dah menyenget... meh tengok gambar kereta yang aku naik ni lagi la sesuka jek dok tengah2


 ni la bas mini kat sana cam bas rapid kl


Destinasi pertama adalah ke Ubud iaitu perkampungan menghasilkan lukisan dan majoriti penduduk menjual painting / lukisan




time ni yang pegang kamera nya adalah en.somi aku.. cuba tengok gambo apa dia ambil.. banyak gambar2 / lukisan cam gini diorang buat


aku berkenan dengan gambar lukisan bawah color merah @ biru tu bargain harga dapat la dalam 200,00 rupiah bersamaan RM66 tapi.... en somi cakap tak payah laa... masa masuk dalam kereta pung toke ke pekerja kedai ni dok sibuk cakap " buk, bisa kurang kan harganya lagi "...


pas singgah di Ubud terus ke destinasi kedua iaitu ke...


TAMPAK SIRING - masuk sini kene charged 15,000 rupiah seorang



hihihi ada gambo aku siza kene kecik kan supaya menampak kan diriku kecil hahahaha...

 

nak tau air apa yang diorang mandi tu, air holy water.. air suci katanya... aku nengok pas mandi diorang dok sembah2.. tak tau la apa yang disembah nya kat air tu... itu kepercayaan depa kite melihat ajek..




pas tengok orang2 bali ni mandi manda kat air suci diorang tu kami gerak ke depan untuk tengok pura di tampak siring ni, pura ni adalah kuil ataupon tokong agama diorang ler.. macam kite kat malaysia masuk kawasan masjid wajib menutup aurat so nak masuk pura diorang ni kene pakai kain n ikatan lilit tu tujuan untuk nampak sopan laa tu kata pak supir ... aku iyekan jelah







 poyos tul la mamat ni amik gambo


Destinasi ketiga adalah ke KOPI LUWAK ... ni bahagian depan sebelum masuk ke dalam macam masuk kebun jek..


Dalam bakul tu ada koko, kopi biasa dan kopi luwak..

Nie la kopi luwak iaitu sejenis kopi yang dimakan oleh musang dan diberakkan kembali menjadi kopi dan di jemur ...


Kopinye di goreng oleh mcik ini, tp kalo dalam bahasa indon orang2 tua dipanggil nenek, orang yang dah berkahwin di panggil ibu walopun xde baby lagi pun dah dapat pangkat ibu hahaha aku golak ajo dengar..


kopi luwak... rasanye ntah tanya faray.. kopi luwak ni secawan di charged dgn harga 50,000 rupiah bersamaan RM16.00


5 jenis minuman ni ada coklat panas, serai, kopi bali, halia dan kopi ginseng.. aku suka sgt dgn hot coklat nya sedap laa... semua nya di beri percuma.. percuma yea





mamat lelaki ni entertain kami .. takde bayaran pun tapi en somi bagi gak tip



nie la musang yang makan kopi tu then di berakkan kembali.. so kopi yang diberakkan kan dijadikan kopi.. dinamakan kopi luwak ..






mahal woo kopi nie, sebotol dia jual dalam RM120.. memula en somi nak beli, aku tak bagi dah la mahal, pastu kopi berak lak, ahh taknak.. katakan taknak... eh mcm iklan rokok plak.. dari cerita lelaki yang entertain kami tu cakap harga kopi ni mencecah ribuan ringgit di pasaran eropah


 part ni aku tak berkenan, ada ke dia dok pujuk somi ku " pak, rasain sedikit arak nya, mari2 boleh tambah tenaga".. eh gilo nak bagi laki aku rasa arak.. nasib laki aku jawap "no..no" .... kalo tak aku dah wachaaaaa kat situ jugak...


dah.. pastu terus aku ajak en somi blah dari situ .. perjalanan diteruskan ke puncak bukit plak..


dalam perjalanan kami terserempak dengan pak polisi.. udah.. ditahan pulak.. sempat aku snap 1 picture.. walhal takde salah pun sebab kami sempat pakai tali pinggan masa tu.. rupanya KORUPSI.. ishh2 rasuah rupanya.. pak supir  kata kene pau 5000 rupiah kerana kami ni pelancong dari malaysia tapi kalo pelancong eropah mat saleh kene pau 20,000 rupiah.. ingatkan bile gerak dah lepas, cube tengok gamba ni depan2 ni ada pak polis nye lagi tp kene tahan, depan lagi di tahan walhal dah kene tahan pun tadi.. bongok nye polis


Destinasi ke-4 adalah ke KINTAMANI


Nampak itu gunung, haa ni dinamakan Gunung Batur, sebuah gunung berapi yang masih aktif.. masih mampu meletus mengeluarkan lahar bila2 masa jek atas kehendak NYA.. last dia meletup adalah tahun 2000 iaitu 12 tahun yang lalu.


Kat area kintamani ni, cuaca adalah bersuhu rendah, sejuk macam kat Cameron Highlands, sangat cantik view sambil makan mengadap pemandangan indah ciptaan Allah swt... indah sungguh..
Cuma aku rasa spoil skit la pak supir tu boleh plak join makan sama, mungkin en somi ajak tapi bagi la peluang kami makan berdua plak baru ah romatik skit.. isshhh tak suke tul aku... huhuhuhu


Tengok tu tepi tebing jek, kalo tengok bawah gayat laa..


Memang datang kintamani ni just lihat view sambil makan.. kebanyakan area ni didirikan restoran2 untuk pengunjung..


 Makan adalah secara buffet bayaran dikenekan adalah 70,000 rupiah seorang.. pilihan makanan idokla sedap n banyak cam restoran kat kl ni.. rasa pun tak sedap pun... mahal jek lebih..




Destinasi ke - 5 adalah ke kawasan padi yang dinamakan RICE TERRACE / Tegallang


tak cantik sangat pasal padi nye dah nak masak..





macam biasa if ada gambo aku size kene dikecilkan yea....



sian aku nengok pakcik ni...berehat melepaskan lelah kepenatan bekerja..  nak jek derma skit tp aku dah servay kat blog orang sebelum dtg bali nie kalo di sana pantang kite menderma ada jek yang datang nanti..
 

 kat sini pun ada gak gerai2 jualan tapi tak menyinggah pun  sebab pas ni nak pi tempat area shoping.. part ni yg paling aku suka hihihih


kat sini tak lama dalam 20 minit jek pas amik2 gambo terus gerak ke...


On the way ke tempat shopping... haa ni masa perjalanan.. setiap ada roundabout jek sure ada patung2 ni macam2 patern ada.. bila tanya pak supir kenapa setiap jalan mesti jumpa ini patung .. "buk, tujuan patung ini ada untuk melawan anasir2 jahat"  ... yelah tu


ok, inilah yang ku nanti2 kan.. shopping area.. nama tempatnya PASAR UBUD


 bila sampai sini aku nengok cam kat rantau panjang jek... barangan jualan lebih kurang sama  jek..

 






tak shopping pe sangat just beli sandal untuk aku, utk k.lin, ngan beg, tu pun beli skit sebab kat pasar ubud barang2 nya mahal sangat.. itupun aku tawar kaw2 separuh dari harga dia bagi... aku tawar macam sandal aku beli dia letak 60,000 rupiah aku tawar 30,000 rupiah sama dengan RM10


pas ke pasar ubud kami singgah ke tempat shopping lain namanya Hawai Bali tapi yang tempat itu nanti aku citer sebab hari ke - 3 kami pi sana lagi ...Then en.somi decide balik ke hotel jela dah tak larat sangat, sebelum balik aku request singgah makan ke Rumah Makan Taliwang, sejenis makanan berasal dari Lombok, alhamdulillah kedai makan ni pemiliknya orang islam sebelah nye surau tak perlu risau la. Yelah kan nak dapat makanan halal di Bali ni kita kene hati2 walopun nengok muka melayu tapi diorang ni beragama Hindu, dan makanan kesukaan orang Bali agama hindu ni adalah babi guling, merata kedai aku nampak itu babi.. ieeeeee tak sanggup aku weh amik gambo bab tu...


 Sian penat, hahaha kata en.somi tak larat berjalan awak ni merata tempat nak pergi.. yelah dah jalan tempat orang takkan dok jek terperuk kat hotel nun, baik tak yah jalan dok rumah lagi baik duit tak habis... tul tak .. tul tak kawan2..


 air kat bali ni memang tak kene tekak kami suami isteri, jus jeruk ( oren jus ) tak sedap langsung nasib air fanta nie ok...


 satu lagi kalo korang pi bali ke indon memana ke takyah la order nasi goreng, depa goreng nasi tak sedap langsung rasa lada sulah jek lebih.. walhal tu nasi goreng ikan masin tapi takde rasa ikan masin pun..


aku plak order ayam bakar taliwang + telor dadar.. rasa ayam bakar superb sedap tapi jenis ayam nye adalah anak ayam .. memang makan ayam kat bali ni sume nya anak ayam tak macam kat m'sia ayam gomok2.. macam aku juga sihat jek heheh.. kat bali nie makan ayam macam makan burung jek .. kecil..


total makan time ni adalah 135,000 rupiah bersamaan RM45.00.. mahal makan berdua pun kene kat 50...


Then terus check in hotel, nama hotel HOTEL SMART EASY, KUTA  hotel ni aku sendiri yang request suh pak supir bawak taknak ah ikut hotel pak supir bawak cam tak best je.. aku suke hotel ni sebab masih baru, harga pun oklah.. ni pun nizam dak opis yg suggestkan hotel ni... susah nak dapat hotel harga murah kat bali ni, kire ni murah la juga, biasa hotel semua harga sejuta rupiah ke atas.. kami dapat harga bilik ni 500,000 rupiah


Sebelum setuju nak bayar aku pi tengok dulu bilik yang dia bagi aku minta nak bilik paling besar tapi harga  maintain.. hahaha ... sebab aku nengok ada bilik yang kecik tapi harga sama... alhamdulillah bilik nya selesa n kami decide dok 2 malam kat situ










pas mandi, terus rest.. en somi turun lobi melayan internet aku lak mcm biasa pas beli barang sure nak nengok balik barang beli kat pasar ubud n hawai bali siang tadi


Sekian cerita ku yang panjang gila untuk percutian kami di bali di hari ke- 2

weh penat la wat entry nie..