Khamis, 15 September 2011

Chicken Chop Buatan Sendiri

Haiii semua.. arini aku nak share resepi memasak chicken chop buatan sendiri... memang sedap, Terbaik !! hihihihi puji dr sendiri... tpkan serius aku ckp better korang buat sdri la chicken chop kat umh xyah susah2 nak kuar pi kedai ... almaklumlah skang ni sume brg mhl.. kalo pi mkn kat kedai beramai-ramai mau tak menipiskan wallet korg.. so aku cadangkan baik wat sdri kat umh sbb bahan2 yg nak dimasak tu pun simple nak costnye rendah..

actualy tetb niat aku nak wat chicken chop nie coz masa pi beraya umh abg aku aritu dia jamukan kami adik-beradik dgn chicken chop buatan sendiri, tp dah mmg dia seorg chef so xjd mslh la kan, cume aku nak ikut resepi dia agak susah coz bahan2 yg dia gunakan agak mahal..

so semlm aku pun godek2 search kat tenet utk cari resepi yg murah dan memasak yg mudah..

jom layan


Bahan-bahan utk wat chicken chop :

1. Peha ayam (yang dibuat tulang)
2. Garam dan lada suluh
3. Tepung gandum
4. Telur (dipukul kembang dan sekiranya ada susu cair blh diletakkan sedikit shj if xde susu xpe)
5. Serbuk roti color putih ( aku bli kat kedai bahan kek jek sgt murah)

Cara membuat :

1. Peha ayam ditabur sedikit lada sulah & garam (if ada better garam halus if xde xpe) biarkan
seketika.
2. Then salutkan ayam dgn tpg gandum, kendian telur, dan akhir skali salut dgn serbuk roti, buat pada semua peha ayam.
3. Then goreng menggunakan api yg pelahan. Masa mengoreng cucuk2 kan skit pada ayam supaya bahagian dlm masak dgn elok.

Bahan- bahan utk membuat Sos black peper / Sos mushroom :

1. 2 sudu besar butter/planta/majerin
2. 1 1/2 sudu besar tpg gandum
3. 1 biji Bawang Besar (dipotong dadu)
4. 2 cawan air
5. 1 kiub ayam
6. Sedikit cili sos
7. Kicap pekat (If xde kicap pekat kicap biasa pun blh tujuan utk mengelapkan warna sos)
8. 1 biji tomato (dipotong dadu)
9. Black paper ( yang dikisar/ ditumbuk halus)
10. Sedikit Garam
11. Mashroom - yg dipotong ( blh letak atau xletak pun xpe tp aku letak sb suke)

Cara-cara membuat :

1. Cairkan butter/planta/majerin, kendian masukkan tpg gandum kacau sehingga kekuningan.
2. Masukkan bwg besar kacau sehingga naik bau then masukkan kuib ayam (pecahkan), sentiasa
kacau
3. Then masukkan air, kacau sehingga tiada ketulan tepung .
4. Masukkan sos cili (agak-agak jek dlm 2 sudu besar) , kendian sedikit kicap dituang bagi
memberi warna pada rupa sos, if nak gelap lebihkan kicap.. Sentiasa kacau kuah sos.
5. Masukkan tomato dan black paper (letak ikut kehendak nak pedas lebihkan).. if nak ada
mushroom letak jugak mushroom.
6. Sedikit garam sebagai penambah perasa. Masak sehingga adunan pekat ikut kehendak anda if
terlalu pekat leh tambah air skit. Selesai....



Ni plak chicken chop + daging kambing yg aku bakar kat oven ( my huby bli lamb kat pasaraya giant yg dah siap marinate)

Sedap tau dan sgt puas ati sebab save kos n leh mkn sehingga kenyang.. so sesapa nak rasa chicken chop leh la mencuba atau dtg jek kat umh aku leh jamu chicken chop nie.. hihihi

2 ulasan:

  1. Zana, lamb tu laminate nati jadi kulit buku la dia. Marinate kot. Hihi.

    by d way, leh la ko meniaga ciken cop ni utk HKK thn dpn. Hihi. Mau??

    BalasPadam
  2. a'ah la idot slh ejaaa hahaha laminate hahaha.. tq idot..

    haa niaga??? xmampu la den penat le nak wat setakat utk mkn sdri tu blh ler

    BalasPadam