Jumaat, 22 Julai 2011

Ikan Kembung Masak Pedas




Semalam petang sgt2 kepingin nak makan kat kedai.. menu pilihan sup ekor, ikan kembung masak pedas dan telur dadar tp en somi xnak kuar sb nak tgk live game bola so pe lg singgah kedai beli sup ekor blk umah bukak peti ais tgk ikan kembung ada .. pe lagi pung pang pung pang ler kat dapur...


Resepi Ikan Kembung Masak Pedas (Utk hidangan 2 org makan)

Bahan-Bahan





1. Ikan kembung (pas cuci bersih lumurkan bersama garam + kunyit serbuk)
2. Half biji bawang besar dihiris halus
3. Seulas bawang putih dihiris halus
4. Sebtg serai diptg menyerong
5. 7 biji cili padi diptg kecil2 (nak pedas lebih kan xnak pedas kurangkan)
6. 2 sudu besar cili mesin ( cili ni sy rebus then cuci then blend bersm bwg)
7. 1 sudu besar sos cili
8. 1 sudu besar sos thai (if tiada gantikan dengan sos tomato)
9. 1 sudu besar sos tiram
10. Sedikit carrot diptg
11. Half biji tomato diptg 4
12. 3 helai daun limau purut
13. Air suam


Cara-cara memasak

1. Goreng ikan kembung ( tak perlu garing)
2. Lebihan minyak mengoreng ikan (jgn guna byk) tumis bersama bwg besar dan putih sehingga
naik bau.
3. Masukkan serai, daun limau purut, cili padi dan kacau sebentar masukkan cili mesin. Masak
sehingga garing.
4. Apabila cili dah masak baru masukkan cili sos, sos thai dan sos tiram bersama garam dan pak
aji, masak sebentar masukkan air suam sedikit supaya kuah tidak terlalu pekat.
5. Dibiarkan mendidih masukkan ikan, carrot dan tomato.


Taraaa sedia utk dingap.. sgt sedap woooo (hihihi dr sendiri yg puji) resepi ni hasil permahatian dari mak aku, dulu aku suka mkn kat kedai tomyam kat gombak.. bile pi kedai tu mesti order menu nie .. mak tgk anak dia suke sgt so mak pun mengodek bahan-bahan yg ada blk umh try buat...


3 ulasan:

  1. alamak dah la pose arini
    sekali nampak la menu sedap ni ehhe
    saba saba

    BalasPadam
  2. nana

    cube la try masak.. sedap tau!!

    BalasPadam
  3. Btoi ke sedap ni

    BalasPadam